Friday, September 3, 2010

Tunggu Sekejap



Bagai daun yang melambai-lambai
Mengikut arus angin yang layu
Bulan Ramadhan sudah pun sampai
Namun, seperti angin cepat berlalu

Terasa cepat benar Ramadhan berlalu tahun ni bukan? Puasa dilakukan seperti biasa tapi macam tak cukup setakat puasa. Sebenarnya, hati berniat untuk benar-benar beramal ibadah bulan Ramadhan ini. Namun, kerja sekolah kian bertambah. Tapi, itu tidak semestinya menghambatku daripada memenuhi niat hatiku. Akan ku cuba dengan seikhlas hati, melakukan amal ibadah secukup mungkin. Terdengarnya lagu ini, hati kian sayu. Seperti teringin sangat menyeru 'tunggu sekejap' pada bulan Ramadhan yang seperti melarikan diri. Namun, sudah kehendaNya untuk masa berlalu. Dan akanku menerima takdirMu.

 Ya Allah, berilah hambamu ini kekuatan, kesihatan untuk menghadapi bulan Ramadhan ini. Insya-Allah, Engkau memberi hamba-hambamu kesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan tahun hadapan. Amin.


~Salam~

No comments:

Post a Comment