Doa
Ya Allah, ini merupakan bulan Ramadhan yang sungguh indah dan mulia. Bulan yang Engkau anugerahkan nikmat dan ganjaran tinggi kepada hamba-hambamu yang beriman dan beribadah. Dan Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Sebelum Engkau mengambilnya, aku berdoa agar Yang Maha Mulia mengampun segala-gala dosanya. Kalau boleh, kupinta dengan seikhlas dan sejujurnya agar jangan mengambilnya dalam bulan yang mulia ini. Panjangkan umurnya Ya Allah. Sesungguhnya, aku tidak larat menghadapi kepiluan hati sekali lagi. Pernahku sedih tidak terhingga dan hingga kini tidak dapat kulupakan. Aku benar-benar berdoa agar Engkau Yang Maha Mulia, Yang Penyayang Lagi Pemurah, panjangkanlah umurnya. Sesungguhnya, benarkanlah kami sekeluarga menyambut Hari Raya terakhirnya bersama-sama Ya Allah. Kalau tidak, Aidilfitri tahun ini akan terasa sangat pilu Ya Allah....
Mungkin aku egois sebab tidak mahu hati terluka lagi. Mungkin dalam kalbuku, aku benar-benar menyayanginya. Mungkin Engkau lebih menyayanginya. Mungkin kerana itulah Engkau ingin mengambilnya. Namun, aku tetap berdoa, bermohon kepada Yang Maha Esa, jikalau benar Engkau ingin mengambilnya, aku berharap agar Engkau mengampun dosanya, meringankan bebannya dan mengambil nyawanya dengan baik sehingga tidak terasa kesakitan. Dan Insya-Allah, menyediakan tempat untuknya di Syurgamu Ya Allah.
Insya-Allah
~Salam~
No comments:
Post a Comment